Entry: Salam buat tahun 2006 Friday, December 16, 2005



Alhamdulillah segala puji dan syukur bagi Allah S.W.T dan Salam atas Nabi Muhammad S.A.W. Sekeluarga, sahabat dan tabiin.

Hai, basita rasa masa berjalan begitu pantas sekali. Tak sangka dah nak masuk tahun 2006. Tahun 2005 sudah berlalu dan ia akan selalu menjadi kenangan buat diri basita. Pengelaman hidup pada zaman 2005 yang akan berakhir tak lama lagi akan menjadi iktibar dan pelajaran buat diri basita. Setiap tahun yang telah berlalu selalu sahaja meningallkan kenangan buat diri basita.Tak kiralah peristiwa sedih, lucu, pahit, manis atau pun menyeramkan. Peristiwa2 seperti ini memang akan dialami oleh setiap manusia. Jika mereka peka dengan apa yg berlaku, mereka akan mempelajarinya dan akan mengubah cara hidup mereka dan sikap(cara berfikir) mereka ke arah yang lebih positive dan sentiasa mempunyai idealogi yang lebih membangun kearah Islam yang cemerlang seperti keadaan zaman Nabi Muhammad (s.a.w.)

Kalaulah kita sesama manusia sudi menegur atau sudi diterima tegur ,insyhaallah dengan sendirinya kita akan menjadi umat yang nasihat menasihati antara satu sama lain. Akhir kata dari basita semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dan balan kebaikan dan akhirat . Amin ya Allah.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments