|
Assalamualaikum buat teman2 blogger. Bulan Ramadhan tak lama lagi akan pergi meninggalkan kita. Bulan Syhawal pula akan tiba menanti kita. Bagi Basita, ibadah puasa pada tahunni amatlah puas buat diri basita. Puas yang basita masukkan disini ialah, selain basita dapat menjalankan ibadah puasa, basita dapat juga memasakkan untuk orang yang hendak berbuka puasa. Selama ini, pengetahuan amalan puasa yang basita ketahui hanya utk Allah sahaja. Padahal untuk sesama manusia amalan baik di bulan puasani ada banyak perkara yang boleh kita amalkan. Akhir kata dari basita, Selamat Menyambut Hari Raya Idil Fitri dan Mohon Maaf Dariku Buat Semua Teman blogger. Hayatilah firman Allah ini, "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (Agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(Masa Jahiliah) Bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang nereka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk". Surah AL IMRAN. Ayat 103. |
| Leave a Comment: |