|
Alhamdulillah shukor kehadrat Illahi tuhan yang aku sembah dan Islam agamaku yang ku bangga dan sanjungi. Bulan Sha'ban telah berlalu dan bulan Ramadhan akan tiba esok harinya. Basita disini ingin mengucapkan 'Selamat beribadah puasa' kepada member2 blog yang rajin menulis diblog mereka untuk tujuan memupuk hati, jiwa dan sikap mereka ke arah jiwa yang murni dan bersikap berdakwah, berkongsi pendapat tentang apa sahaja topik yang dapat menjadikan kita sebagai insan yang berani kerana benar, baik, waras, rajin dan bermasharakat tolong menolong. Akhir kata dariku hayatilah firman Allah ini. "Barang siapa yang menghendaki keuntungan diakhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan di dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun diakhirat" SURAH ASY SYUURA. (AYAT 20)
|