Entry: Salam menyambut bulan Rejab. Wednesday, August 17, 2005





Salam buat member semua. Dah masuk bulan Rejabni!! Ada apa-apa cerita tak ? Ok Lah, basita tak ada cerita yang menarik cuma nak kongsi dengan teman2 tentang keistimewaan bulan Rejab.

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda: Shaa'ban adalah bulanku, Rejab adalah bulan Allah dan Ramadhan bulan umatku dan Shaa'ban adalah bulan ditukar kejahatan dengan kebaikan dan Ramadhan adalah pembersih segala dosa.

Dari Anas bin Malik: Nabi s.a.w. bersabda kelebihan Rejab di atas bulan2 lain adalah umpama kelebihan AL Quran keatas lain2 perkataan.

27 Rejab adalah Hari Isra' Dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W.

Basita amat bershukor kehadrat illahi kerana nikmat hidup yang diberi dan masih lagi bernafas utk terus sujud dan rukuk semata-mata hanya dia yang aku sembah. Amat berbesar hati dapat membaca kalam2 Al quran hingga sepanjang hayatku dan dengan seikhlas hatiku, aku serahkan jiwa dan ragaku seikhlas2nya utk beribadah hanya utk mu ya Allah.


Jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bertakwa kepadamu. Inginku sujud dan rukuk bila berjumpamu ya Allah. Inginku mempersembahkan bacaan Al Quran di hadapanmu dan inginku memujimu bila ku mengadapmu. Ya Allah, dengarlah kata janjiku kepadamu ya Allah. Inilah harapanku, hajatku, niatku, cita2ku, usahaku didunia, amalanku di dunia, ibadahku di dunia hanyalah ingin menatap wajah yang menciptaku, mencipta semua mahluk baik di dunia atau di akhirat hanya ingin mempersembahkan amalanku utkmu dengan redanya. Amin, Amin Ya Allah.

Dengarlah Shair ini: "BERBEKALLAH KETAKWAAN,

KAU TAK TAHU SAAT MALAM BERLALU,

ADAKAH IA MENYISAKAN UMUR BAGIMU,

HINGGA FAJAR DATANG MENJELANG,

BERAPA BANYAK ORANG SIHAT,

MENINGGALKAN TANPA ADA PENYAKIT,

BERAPA BANYAK ORANG YANG SAKIT,

HIDUP LAMA SEPANJANG HAYAT,

BERAPA BANYAK ANAK-ANAK BELIA,

MEMOTONG PERJALANAN UMURNYA,

JASAD MEREKA TERBUJUR LELAP,

DI KUBURNYA YANG HITAM DAN GELAP,

BERAPA BANYAK MEMPELAI WANITA,

BERHIAS UNTUK SUAMI TERCINTA,

AJAL TAK LAGI DAPAT DITUNDA,

PADA SAAT MALAM PERTAMA,

BERAPA BANYAK MUDA DAN MUDI,

PAGI BERASMARA PETANG BERSENANG HATI,

TIADA PENGETAHUAN YANG TERPAUT,

KAIN KAFANNYA SEDANG DIRAJUT(JAHIT).

Seseorang ingin mendapatkan apa yang diharapkannya. Pada hal Allah tidak mahu kecuali apa yang dikehendaki-nya. Kadang2 seseorang berkata tentang manfaat dan harta bendanya. Tetapi takwa kepada Allah lebih utama daripada apa yang seharusnya dia ambil manfaatnya.

Firman Allah surah Al ANfal: ayat 29. "HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JIKA KAMU BERTAKWA KEPADA ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU FURQAN DAN MENGHAPUSKAN SEGALA KESALAHANMU DAN MENGAMPUNI (dosa-dosa)MU. DAN, ALLAH MEMPUNYAI KURNIA YANG BESAR."

   2 comments

RK
September 27, 2005   10:20 PM PDT
 
salam kepada semua
Tulisan dan blog yang baik lagi imformatik
Teruskan menulis
terima kasih.
Repen
September 12, 2005   10:38 PM PDT
 
Syairnya sungguh mengasyikkan. Syabas, teruskan dengan entry syairnya.

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments