Entry: Taranum Al Quran Thursday, July 21, 2005



Salam buat member blog. Tengah buat apatu? Di daerah sana hujan tak? Di sini, pagi-pagi dah hujan. Malas betul nak pergi kerja tapi apa nak buat, tugas beb. Basita ada cerita sikit nak kongsi with those yang minat pada taranum Al Quran.

Last thursday, basita dan kawan-kawan yang sama2 minat taramun Al quran telah pergi ke rumah salah-satu Ustaz yang pernah menjadi johan qari di Singapura. Ustazni amat baik bacaan taranumnya. Bacaan taranumnya yang mengikut tabakat lagu dan suara cara bacaan ala Asia. Beliauni sudah kerap mewakili Singapura ke Malaysia. Walaupun sudah lama tak membaca diluar tetapi bacaannya masih baik lagi.

Apabila sampai dirumahnya pada pukul 10.00 malam. Kami memohon maaf kerana terlewat sampai ke rumahnya dan menganggunya pada waktu malam. Ustaz dengan sifatnya yang lemah lembut dan tenang dengan rela hati menjemput kami dan mengatakan memang dah lama beliau tunggu tapi kerana rindu dengan teman2( bekas anak murid di Perdaus), beliau senang hati sanggup menunggu kami yang beliau sudah menganggap kami sebagai temannya. Kami pun apa lagi tanpa membuang masa, ambil al quran dan bertaranum al quran di depan ustaz bergilir-gilir. Alhamdulilah Ustaz amat berpuas hati dengan bacaan kami tetapi beliau menasihati kami supaya jaga penafasan kami apabila hendak mencuri nafas di dalam bacaan Al Quran. Beliau juga memberitahu sedikit tips tentang cara pengadil2 disini memberi markah tentang mengadili taranum Al quran. Dari segi nafas, kalau mereka yang mencuri nafas amat ketara sekali kemungkinan pengadil akan suruh pembaca turun dari pentas dah jangan sambung bacaan mereka.

Bila mendengar penjelasan Ustaz, kami faham dan akan cuba memperbaiki cara penafasan kami dalam taranum Al Quran. Ustaz juga menasihati kami jika ingin membaca cara ala Sheik2 Arabni mesti ada daya penafasan yang amat baik sekali barulah bacaannya kedengaran merdu dan tidak sumbang. Kami bila mendengar penjelasan ustaz pun tergelak ketawa kerana ada member basita yang kerosakan teknikal suara dan nafasnya almaklumlah baru sahaja balik dari kerja terus tak makan pergi ke rumah ustaz. Ustaz juga ada mengatakan rehat yang cukup

juga, pun membantu seseorang dapat membaca dengan baik. Setelah melihat masa dah pukul 12. malam, kami pun minta diri. Nampak wajah Ustaz yang ceria dan mengharapkan kami akan hadir lagi kerumahnya berkumpul membaca Al Quran beramai2. Pada malam itu basita dan teman2 yang lain merasa amat puas dan gembira dapat membaca didepan ustaz kami dan kami pun dapat mendengar bacaan Ustaz kami yang dah lama tidak kedengaran.

Oklah macam biasa, basita akhiri dengan firman Allah dari surah Al ANFAAL AYAT 2" Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalh mereka yang apabila di sebut nama Allah gemertarlah hati mereka, dan apabila dibaca ayat-ayat nya bertambah iman mereka(kerananya) dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal,iaitu orang2 yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahgian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.Itulah orang2 yang beriman dengan sebenar2nya . Mereka akan memperolehi beberapa derajat ketinggian disisi Allah dan ampunannya serta rezki (NIKMAT) yang mulia..

Amin, Amin Ya Allah.

   1 comments

Kak Sab
August 2, 2005   03:39 AM PDT
 
Memang best lah basita dapat baca al quran depan Ustaz... lain kali kalau nak pergi lagi kasi tau Kak Sab ok...

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments