Entry: Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Akhir. Thursday, June 30, 2005



Assalamualaikum member blog, terima kasihlah member2 yang sudi tanya khabar basita di tagboardtu. Basitani bukan apa, my computer buat hal lagilah. Anyway bila basita dah menggomel kat anak2tu, barulah mereka reti bahasa sikit. Computerkan sensitive. Mana boleh campur2kan pakai bendatu. Kalau nak main game mestilah khaskan satu computer untuk main game. Ini tidak satu computer, habis dia hentamkan pakai untuk keperluan semuanya. Macam manalah Virus tak masuk. Oklah, basita tak nak merepek atau nak jual kerepek cuma nak khabarkan pada member-member yang minat pada Tilawah Al Quran, Marilah datang beramai-ramai menyaksikan member basita dapat masuk final tau!

Beliauni pun salah satu qariah yang dah lama bergiat dalam bidang tilawah Al Quran.Beliau juga selalu menyokong' Sukarelawan Jemaah Iqra'. Basita kalau pasal bidang Al Quran memang 100 peratus mesti sokong. Lagi2 kalau mereka yang baca cara ala Timur-Tengah. Bacaan Sheikh2 Arabni amat baik untuk kita dengar dan pelajari taranum mereka. Anak2 basita cakap power gilaaaa betul bacaan mereka. Alangkah bagusnya kalau Majlis Tilawah Musabaqah di Singapura atau dimana2 sahaja, bacaan Qari dan Qariah membaca cara ala taranum Sheikh2 Arab yang selalu basita dengar di WEB 'S.J.I.'.Bacaan mereka amat baik sekali di dedahkan dan disebarkan di dunia. Santapan rohani yang amat baik sekali. Semoga generasi akan datang mengenali seni AL QURAN yang amat berharga nilainya dan nur cahaya Al Quran akan menyinari jiwa2 anak-anak generasi perwaris kita. Semoga mereka menghidupkan semula umat Islam yang teguh imannya dan bangga dengan seni taranum Al Quran.

Akhir kata dariku renungkanlah firman allah ini,katakanlah"Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, tidak ada tuhan selain dia, yang menghidupkan dan mematikan. Kerana itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimat-kalimatnya(kitab-kitab-nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat pentunjuk". SURAH AL A'RAF AYAT 158.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments