 |
Umur:Pertengahan 30
Perkerjaan:Pembantu Cheeff.
Status:Sudah Kahwin
Keluarga:3 anak
Perkara yang aku suka:Membaca al quran,memasak,shopping,melungsur internet,mengomel dgn anak-anak,megemas rumah,suka bersikap ikhlas dan berkawan .
Perkara yang aku tak suka:Tak suka memaksa orang buat sesuatu tanpa keikhlas hati,benci hipocreate,pemalas,bodoh sombong dan orang yang tak ada tujuan hidup.
Aku suka al quran.
Aku suka baca al quran.
Aku suka bacaan qari Mesir.
Aku suka mendengar bacaan qari Asia.
Aku suka bertaranum al quran.
Aku suka belajar tajwid al quran.
Aku suka mendengar manusia membaca ql quran.
Aku suka berkawan dengan orang yang membaca al quran.
Aku suka mereka yang memuliakan majlis al quran.
Aku suka masuk musabaqah al quran.
Akhir kata dariku.
Aku suka apa-apa yang ada kena-mengena dengan dan berhubungan dgn "AL QURAN KALAM ALLAH".
"Makna Ujian Allah""Dan sungguh akan kami berikan cabaran kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan,"Sesungguhnya kami milik allah dan kepadanya kami kembali"Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat dari tuhan mereka,dan mereka itulah yang mendapat pentunjuk."(Surah Al Bagarah:155-157)
Ayat -ayat ini diucapkan,setelah Allah menyebutkan masalah kesyahidan di jalan Allah,kehidupan kekal bagi para syuhada,masalah kesabaran dan syukur atas segala bentuk ujian Allah.Pada ayat ini mengandunggi penggertian,bahawa Allah mengemukakan ujian-nya yg umum dgn berbagai macam bentuknya pd hambanya menurut hukum alam yg tidak di ubah.Kemenangan dlm ujian-ujian ini tidak diperolehi kecuali dgn keteguhan dan ketegaran.Kemudia ayat ini mengatakan,Dan berikanlah berita gembira kpd orang-orang yg sabar.Orang yg sabar tidak lain adalah mereka yg mampu keluar sebagai pemenag dalam ujian-ujian ini.Dan apabila ditimpa masalah mereka berkata "Sesungguhnya kami milik Allah,dan kepadanya kami kembali"---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- AKU BAIK
AKU SENANG
AKU GEMBIRA
AKU CERIA
AKU BAGUS
AKU CANTIK
AKU BERTUAH
AKU SEGALA
GALANYA
YANG BAIK
BAIK
AL QURAN LINKS
ASWATAISLAM
ISLAMWAY
SUKARELAWAN JEMAAH IQRA'
QARI MELAYU
IKHLASBAIK
QARI SINGAPURA
SJI8
SINGAPOREQARI
MEMBERS BLOG LINKSKATAKAMI
CHEEFF
MASMERAH PAK UDA
CIK SARIAH
ADIKCOMEL
ASALAKU
BOBOOI NONLEO
RASZAIN
Alzn
ZU408
JIWAAPA
BICARA2KU
MENJEL
REPEN
WARDAH/a>
SURIRAM
SOFIA
LANUNPANDAI
ACIDMAISYA
KUNCUP
Anda adalah pengunjung Basita yang ke:-
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Monday, May 09, 2005
Puisi Singapura Untuk Yang Tersayang.
OH.........ALLAH
ALLAH
Engkaulah Tuhanku yang amat aku sayangi
Kepada manusia,perasaan sayangmu tersebar luas engkau berikan
Tidak pernah engkau memilih siapakah yang harus engkau sayangi
Hanya manusia sahaja yang lupa untuk mengutamakanmu dahulu
ALLAH
Engkau ibarat sebutir permata bagiku
Menyayangimu menghidupkan semangatku
Bersama-sama bertilawah Al quran cara aku berhubung denganmu
Mencari-cari teman yang bernama manusia yang sayang padamu
ALLAH
Manusia selalu berusaha bersungguh2mendapatkan keredaan Allah!!!!!
Manusia selalu mengikutkan apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah!!!
Tetapi pernahkah mereka berusaha untuk memupuk hati mereka untuk sayangkan mu?
Atau Allah tak suruh manusia sayang padanya tapi suruh berbuat baik dan beramal solih
ALLAH
Asas hidupku,
Aku hendak pupuk hatiku untuk sayang kepada tuhan ku Allah
Aku tak kisah Allah tak suka aku, yang pentingnya aku nak hatiku sayang padanya
Itu bukan urusanku untuk mengetahui Allah sayangkan aku atau tidak!!!!!!
Dan banyak2 tuhan, aku memilih Tuhan Islam Allah, Tuhan yang aku sayangiiiiii
Posted at Monday, May 09, 2005 by basita
Permalink
Friday, April 22, 2005
Semalam merupakan hari keputeraan Rasulullah s.a.w.
Tanggal 1 Rabiulawal, umat Islam seluruh dunia akan selalu menyambutnya dengan berbagai-bagai cara.
Basita selalu berselawat keatas Nabi s.a.w.
Bagi basita, selawat keatas Rasulullah s.a.w, setiap hari adalah amalan yg wajib basita buat.
Dalam satu hari, seratus kali basita akan berselawat keatas Rasulullah s.a.w.Basita rasa amat bahagia dan ikhlas bila berselawat keatas seorang manusia(Rasulullah s.a.w.) yg paling Allah sayang.Begitu tinggi kecintaan Allah kepada kekasihnya Rasulullah(Muhammad s.a.w.)
Firman Allah surah Al Maidah:54 "Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai Allah".Dan surah Al Baqarah ayat 165,"Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah".
Selain dari firman Allah, banyak petikan hadis2 yang menyeru manusia supaya sayang dan cintai Allah dan rasulullah.
Sufyan Ats Tsauri bertanya kepada Rabiah bin Ismail Al Adawiyah:"Apakah hakikat iman engkau?"Rabiah menjawab:"Aku tidak beribadah kerana takut dari nereka dan tidak kerana cinta dengan syurga Allah sehinggalah aku seperti orang yang diberi upah untuk berbuat jahat.
Akan tetapi aku beribadah kepadanya, kerana cinta dan rindu kepada Allah.
"Kemudian Rabiah membaca syair:
AKU MENCINTAI ENGKAU DENGAN DUA CINTA
CINTA KEINGINAN DAN CINTA KERANA ENGKAU BERHAK YANG DEMIKIAN
ADAPAUN YANG ITU CINTA KEINGINAN
MAKA KESIBUKANKU MENYEBUTKAN ENGKAU, DARI ORANG YANG SELAIN ENGKAU. ADAPUN CINTA YANG ENGKAU BERHAK BAGINYA, IAITU ENGKAU BUKAKAN DINDING BAGIKU,SEHINGGA AKU MELIHAT ENGKAU.
MAKA TIDAK ADALAH PUJIAN BAGIKU INI DAN ITU, AKAN TETAPI BAGI ENGKAU PUJIAN PADA INI DAN ITU.
Rasulullah(s.a.w), para-para nabi dan rasu-rasul yg lain di lahirkan kedunia hanya menyampaikan kepada manusia supaya kasih, cinta, sayang, suka dan taat kepada Allah.
Mereka menyampaikan kata-kata sayang, kasih, cinta suka dan taat mereka melalui kitab-kitab yg diutus oleh Allah.
Setiap mereka akan membaca kalam -kalam yg terdapat didalam kitab masing2.Bagi kita umat Rasulullah(s.a.w.)kitab yg ditinggalkan oleh nabi kita ialah Al Quran dan hadisnya.
Adabnya baginda atau aurat baginda ialah Al Quran.Bagaimana indahnya Al Quran begitulah indahnya adab Rasullullah(s.a.w).
Baginda pun yakin dgn Al Quran dan mujizatnya.
Dengan membaca kalam-kalam Allah, mendengar kalimah2nya manusia akan mendapat ganjaran dari Allah.
Selain mendapat ganjaran, asas yg penting ialah kita sayang kepada Allah.
Kita tidak akan mengagongkan yg lain selain dari ALLAH yg esa.
Apabila seseorang sampai kepada ilmu (kecintaan hati kepada Allah) akan kehabisan, nescaya ia akan dilemparkan oleh manusia dengan kata-kata yg hina ertinya akal fikiran mereka akan mengatakan itu gila dan kufur.
Susah sangatkah utk kita menyayanggi Allah dan Rasulullah.
Adakah kita kena angkat barang yang amat berat seperti susahnya untuk kita memberikan perasaan kasih, sayang , suka, cinta dan taat kepada Allah.
Tanda seseorang yang mencintai Allah ialah mencintai Al Quran.
Tanda mencintai Allah dan Al Quran ialah mencintai Nabi S.A.W.
Tanda mencintai Nabi S.A.W. ialah mencintai sunnah.
Tanda mencintai sunnah ialah mencintai akhirat.
Tanda mencintai akhirat ialah memarahi dunia.
Dan tanda memarahi dunia ialah tiada mengambil daripadanya selain perbekalan dan apa-apa-yang memadai ke akhirat.
DARIKU UNTUK MEMBER BLOG SELAMAT MENYAMBUT RABIULAWAL(BULAN MAULID).
Posted at Friday, April 22, 2005 by basita
Permalink
Tuesday, April 12, 2005
Salam buat member blog. Maa'f basita dah lama tak up dateni. Macam biasalah mengguruskan soal kehidupan seharian hingga tak cukup time. Sibuk macam nak rak!
Alhamdullilah basita amat rasa bershukur kpd Allah s.w.t dgn izinnya basita masih bernafas dan sihat utk menjalani hidupni. Walaupun hidup ini penuh dgn dugaan dan cobaan, basita yakin dan percaya, Allah selalu bersama dgn umatnya yg selalu mengingatinya dan suka pdnya. Teringat basita firman ALLAH dalam Al Quran. Surah Al Baqarah ayat 177. "Bukankah menghadapkan wajah kamu ke arah timur dan barat itu sesuatu kebajikan, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yg dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir(yg mermelukan pertolongan);ornag-orang yg meminta-minta; dna (memerdekakan)hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat, dan ornag-ornag yg menepati janjinya, apabila ia berjanji, dan ornag-orang yg sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan; mereka itulah orang-orang yg benar(imannya) dan mereka itulah orang-orang yg bertakwa."
" Ya Allah, aku mohon padamu ya ALLAH, janganlah hatiku lupa pada mu. Biarlah aku lupa pada yg lain utk sementara tapi lupa padamu walaupun sementara aku merasa gundah gulana.Hatiku tidak tenteram. Bila aku ingatkanmu akan aku baca kalam-kalammu yakni Al Quran. Aku jadikan amalan dalam hidupku. Aku jadikan zikruku di saat aku gembira, sedih, dan kesunyian. Dengan kalam-kalammu ku rasa engkau YA ALLAH dekat dgn ku. Memang benar katamu yang engkau dekat dengan hambamu di urat leher hambamu. YA! Dengan membaca ayat-ayatmu, ku rasa, aku hampir denganmu. Amin Ya Allah . Amin Yarabalalamin.
Demi makbulnya amalan-amalan yg ada di al Quran maka sebelum mengamalkanya terlebih dahulu bulatkan tekad untuk melaksanakan dengan sistem yg ingin basita kongsikan bersama.
a)Bertakwa kpd Allah SWT dgn pertolongannya kita memohon, meminta hajat kita semoga tercapai.Kerana sesuatu kekeramatan dan keistimewaan yg hak terdapat pd sesorang yg hakikatnya bersendi pd ketakwaan kpd Ilahi.
b)Amalkan dgn penuh yakin sebab tanpa disertai keyakinan semua amalan tidak ada gunanya dan manfaat.
c)Mematuhi semua petunjuk dan ilmu yg terdapat dalam setiap amalan.
d)Jauhi sifat sombong, angkuh, congkak, dengki, dendam dan sifat-sifat sejenis itu, kerana pada dasarnya semua itu adalah penyakit hati yg dapat menjauhkan seseorang dari pertolongan Allah S.W.T. dan redhanya.
e)Menyerahkan segalanya apabila kita sudah usaha sepenuhnya.Dengan kehendaknya semua hal boleh terjadi dan hanya dialah yg maha berkuasa.
Setiap amalan yg kita buat kalau kita ikhlas kepada ALLAH semata-mata (yakni memang kita buat utk dapatkan diri kita ingatkan Allah semata-mata)inginkan hidup sekampung dgn Rasulluallah S.a.w. dan para sahabatnya di akhirat kelak, maka berusahalah selagi masih hidup.Ingatlah setiap amalan, mungkin tidak akan dapat ganjaran di dunia tetapi insyaallah di akhirat kelak ia menanti kita.
Posted at Tuesday, April 12, 2005 by basita
Permalink
Friday, March 18, 2005
Ruginya Tak Baca AL Quran.l
Jumaat yang lalu, Aku macam biasa akan ke rumah Abg aku utk bertilawah Al Quran. Memang tiap-tiap hari jumaat, aku melatihkan diriku utk bertilawah beramai dengan teman-teman yg sama minat dalam bidang ini dan menjadikan ayat-ayat Al Quran sebagai sebahagian dalam diri ini. Bak kata orang sampai ia menjadi darah daging kita atau makanan kerohanian kita.
Jumaat yg lalu, aku rasa letih badanni. Mungkin cuaca sejak kebelakang ini panas dan badan cepat letih. Macam biasa aku membaca Al Quran tapi bacaanku tak bersemangat langsung. Aku di tegur oleh abangku dan teman2. Hati ini terusik sedih dan merajuk. Geram pada diri sendiri pun ada. Hampir nak give up baca Al Quran pun ada tapi nasib baik ada abang aku dan teman-teman yang selalu mengingatiku apa sebenar tujuan kita beramai2 bertilawah Al Quran. Di sini ada sedikit ulasan dariku tentang feadahnya membaca Al Quran.
AL- Quran ialah mukjizat Nabi Muhammad s.a.w. yg paling besar yg terpelihara hingga kini. Al Quran juga merupakan satu daripada enam rukun iman yg wajib kita percaya.
Terlalu banyak hikmah yg terkandung di dalam kalimah-kalimah Allah ini. Hanya orang-orang yg membaca dan mengamalkannya sahaja yg akan mendapat hikmah-hikmah tersebut. Setiap huruf yg dibaca, ada pahala. Jadi, rugi besarlah kalau kita tidak ambil kesempatan membaca Al Quran sewaktu masih hidup ini.
Tahukah kita, rumah-rumah yg dihiasi dengan bacaan Al Quran oleh penghuninya, di lihat Allah sebagaimana kita melihat bintang-bintang yg berkelipan indah di langit malam. Selain itu, Al Quran dapat merawat jiwa kita yg tidak tenang, sedih, susah hati malah rezeki kita di dunia pun lebih bertambah dan berkah. Al Quran juga menjadi penerang hati, maka mudahlah kita menerima pelajaran dan berilmu. Yang lebih penting kalau kita membacanya dengan seikhlas hati semata-semata khas utk tuhan kita dan kita ketahui juga di akhirat kelak Al quran akan memberi syafaat(Bantuan) kepada mereka yg membacanya dan mengamalkan dalam hidup mereka di- dunia.
Ingatlah pesan Nabi s.a.w.ini."BACALAH OLEHMU SEMUA AKAN AL QURAN ITU, SEBAB AL QURAN ITU AKAN DATANG PADA HARI KIAMAT SEBAGAI SESUATU YANG DAPAT MEMBERIKAN SYAFAAT -YAKNI PERTOLONGAN KEPADA ORANG-ORANG YANG MEMPUNYAINYA."(RIWAYAT MUSLIM).
Posted at Friday, March 18, 2005 by basita
Permalink
Tuesday, March 08, 2005
Firman Allah dalam surah Ar Rad ayat 11" Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yg ada pd sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yg ada pada diri mereka sendiri". Subhanallah Maha benar kalam Allah. Aku seru padamu ya Allah, hanya pd mu aku memohon. Janganlah engkau keraskan hatiku utk menangis memohon, meminta tolong pd mu supaya menjadikan aku manusia yg selalu mengingatimu siang dan malam. Lembutkanlah hatiku dan lapangkan fikiranku supaya suka mendengar, membaca dan bertilawah al quran beramai-ramai dgn sahabatku, yg cintakan kalammu. Dengarlah doaku ya Allah. Dengarlah keluhan hatiku pd mu, hanya pd mu ya Allah yg berhak menentukan. Amin. Amin. Ya Rabbalalamin. (Dah lama tak berdoa pd allah diblogni, nak share dgn members blog)
Salam member blog. Sorry ya, dah lama tak update. Bukan apa ada masalah teknical sikit. Alhamdullilah semua dah sattle. Basita dah tak sabar nak tulis di blogni. Di sini ada sedikit kata-kata iktibar dari basita.
Semua manusia amat mengidamkan kehidupan yg penuh dgn kegembiraa. Kalau boleh sepanjang hidup tidak mahu susah sedikitpun, biar hidup sentiasa dalam riang gembira.
Kejayaan dlm hidup menuntut pengorbanan setiap pahit getir hidup dilalui utk dijadikan pengelaman. Pengelaman inilah yg banyak mengajar akan erti kehidupan agar kedukaan atau kepahitan dapat di atasi dgn bijak dan berilmu. Serik mengajar manusia berhati-hati dlm setiap perkara yg dilalui agar hidup selepas ini lebih bererti.
Ada manusia yg tidak serik dgn kesilapan yg lepas. Ia tidak dijadikan sepadan dlm hidup. Ia masih menempuh norma-norma hidup yg menjerumuskan ke alam kekecewaan. Putus asa dgn rahmat Allah menyebabkan hati keras utk kembali ke pangkal jalan. Kekallah diri dlm kederhakaan.
Kejayaan dunia atau akhirat amatmermelukan pergorbanan. Pengorbanan segala sudut banyak tenaga yg terpaksa digembeleng. Wang ringgit, harta, kekayaan, kaum keluarga sendiri mesti snggup dikorbankan demi menebus sebuah kejayaan.
Hasil kejayaan menampakkan kemewahan hidup yg zahir. Walhal kejayaan di akhirat yg lebih besar dan abadi jarang sekali manusia mengejarnya kerana kurang yakin dgn janji Allah. Memang ganjaran Allah tdk nampak. Memang nikmat Allah amat sikit sekali yg mensyukurinya. Bila Allah sudah terbalikk an dunia ini, baru manusia akan sedar.
Orang mukmin memang miskin harta tapi kaya dihati. Kehambaanya pd Allah menjadikan dia seorang yg sentiasa rasa puas dgn pemberian Allah. Kalau dapat nikmat dia bersyukur dan kalau sebaliknya dia tidak putus asa bahkan tahu ini semua ujian Allah utk meningkatkan lagi agar sentiasa mengingati Allah.
Menyedari diri sebagai hamba Allah adalah kejayaan besar. Bukan dgn dirinya sentiasa anggap dirinya kuat dan anggap dirinya tuan.
Sebab itu ramai yg jalan mendabik dada, bercakap besar,sombong dan ego. Nafsu sentiasa membisikkan kedukdukan bahawa orang lain di pandang hina dan kecil.
Sebenarnya mungkin kitalah adalah manusia yg paling gagal dan dalam kerugian tanpa disedari. Didunia mungkin kita manusia yg paling bahagia, kaya, dan berjaya, tapi dihadapan Allah kelak, kitalah semuflis-muflis ornag yg akan dihina oleh Allah dgn hidangan minuman air danur yg menggelegak dan makanan buah zakum yg berduri utk penghuni neraka.
Dari Abu Musa Ra Nabi s.a.w bersabda," Orang mukmin yg membaca Al Quran dan mengamalkan adalah sejenis limau, rasanya baik dan baunya baik. Orang mukmin yg tidak membaca Al Quran namun mengamalkanya adalah seperti kurma, rasanya baik tapi tidak mempunyai bau.
Posted at Tuesday, March 08, 2005 by basita
Permalink
Friday, February 18, 2005
Salam Maalhijrah utk member blog.Maaf ya,dah lama tak up date.Almaklumlah computer rosak.Ini pun pakai org punya,tangan gatal kalau tak masuk blog dan otak dah beratni tak boleh simpan-simpan lagi.
Awal permulaan bulan islam dah mula.Aku rasa bangga dan yakin dgn agama islamku.Sabtu yg lalu,aku geram betul dgn anak-anak aku.Yg tuatu anak dara,aku ternampak dia dah mula nak berlawah,pakai kutex dikuku kakinya.Aku taklah marah dia,aku panggil dia cakap baik-baik dan tanya dia apa dia buat dgn kuku dia."Macam biasa aje nak cantikkan kuku nampak berwarna-warna taklah boring"Itulah alasan yg dia berikan pdku.Aku sebagai seorang ibu,kalau tak terangkan pdnya aku rasa,sia-sia aje aku bergelar org islam yg mengutamakan kerbersihan dan mengamalkan ajaran islam.Selain tangongjawab aku sebagai seorang ibu ia juga tanggungjawabku sebagai orang islam.
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH AL IMRAN AYAT 19"Sesungguhnya agama disisi allah ,ialah islam.Tiadalah berselisih orang2 ahli kitab,melainkan setelah datang ilmu pengetahuan kpd mereka,kerana berdengki2an sesamanya.Barang siapa yg kafir akan ayat allah,maka sesungguhnya allah bersegera menghisapnya"
Aku terangkan pdnya agama islam tak mengalakkan pakai benda-bendani.Warna putih kuku akak dahcantik dan ia nampak lebih kemas dan bersih.Lagi pun nanti kakak nak bersihkan kena pakai ia punya polisher ada chemical tak bagus utk kulit.Alhamdullilah anak daraku dapat menerima kata-kataku.
Ya allah aku mohon pdmu,kau jadikanlah anak-anakku,anak yg selalu ingat pd mu.Anak yg beramal soleh keranamu.Berikanlah mereka kebahagian didunia dan di akhirat.Kau permudahkan usaha mereka dan perkerjaan mereka supaya mereka bertambah dekat kpdmu.Jadikanlah Al quran sebagai hujah mereka utk membela agama islam dan hadith sebagai contuh yg terbaik.AMIN YA RABALLALAMIN.......
Posted at Friday, February 18, 2005 by basita
Permalink
Monday, January 24, 2005
Aku rasa tak terlambat aku mengucapkan 'Selamat Hari Raya Haji'buat member blog.Tahunni Hari Raya Haji sunyi sikit almaklumlah,kambing-kambing lambat sampai ke Singapura.Masjid di sini pun sunyi .Selepas solat Hari raya dan solat jumaat,para jemaah pun pulang ke rumah.Kalau tidak,setiap tahun Hari Raya Haji ,selepas solat aje,para jemaah sukarelawan dah bersedia utk menjalankan upacara berkorban penyebelihan kambing.Aku macam biasalah tiap tahun akan sibukkan diri menyaksikan penyebelihan kambing dan beratur utk mendapatkan daging kambing yg segar yg di sedekahkan kepada org ramai.
Aku masih ingat lagi bila aku perhatikan di saat kambing-kambingtu hendak di sembelih, ada yg meronta dan ada yg rela utk di sembelihkan.Mungkin yg rela utk di sembelihni memang reda terhadap yg maha kuasa bahawa dia rela mati disembelihkan menjadi daging korban utk menunaikan niat hati orang-orang islam yg mengerjakan korbanni dan yg tak rela,meronta-rontani mungkin belum puas lagi menikmati hidup di dunia ni.Walal
lahhualam.....Macamana agaknya di saat Nabiallah Ibrahim di perintahkan oleh Allah utk menyembelih anaknya Nabi Ismail utk membuktikan bertapa taat dan kasihnya kpd Allah dgn menyuruhnya membunuh anaknya dan Nabi Ismail dgn rela dan ikhlas sanggup dijadikan korban apabila tahu yg ia adalah perintah Allah dan ia yakin dgn apa yg diucapkan oleh abahnya.Kalau tak ada keimanan yg dah lama mereka semaikan di jiwa dada mereka, tak mungkin peristiwa ini akan terjadi dan sejarah korban dan hari haji tak akan ada sampai sekarang.. Pernahkah aku terfikir utk semaikan diri ini dgn keimananku yg tulus ikhlas kpd allah?Sanggupkah aku berkorban jiwa dan hidupku utk allah?Adakah hidup aku sentiasa ingat kpdmu ya allah?Soalan-soalanni memang selalu bermain di fikiranku tapi aku manusia biasa yg tak lepas membuat kesalahan, baik kesalahan kecil ataupun besar.Hanya kepadamu ya ALLAH aku berdoa dan berserah."Engkaulah tuhanku ya Allah tuhan yg maha kuasa dan maha mengetahui segala-galanya.Engkaulah yg menghidupkan aku dan mematikan aku.Aku tak berkuasa utk teruskan hidupni tanpa izinmu.Aku bersyhukur masih bernyawa dan dapat menghirup udara yg segar dan masih sehat menjalani hidupni.Aku bersyhukur masih menganut agama islam pilihanku,dapat berjumpa dgn teman-teman yg sama perjalanan dan guru yg dapat mengajarku erti kehidupan yg sebenar dan aku bersyhukur pd mu ya allah kerana engkau menjadikan aku manusia darjat yg tertinggi dari segala mahluk di duniani.Ya allah aku ikhlas bila berdoa pdmu dan ingin berkongsi isi hatiku dgn teman-temanku bahawa janganlah segan utk meluahkan isi hati kita pada yg maha kuasa.Pada pendapatku dgn berkongsi isi hati,dan bicara hati,kita akan rasa puas dlm jiwa kita dan perasaan dendam sesama manusia tidak akan ujud di hati kita kerana kita dapat meluakan perasaan kita kepada yg maha kuasa.Amin ya allah,engkau redailah doaku ini.AMIN....AMIN YA ALLAH....
Posted at Monday, January 24, 2005 by basita
Permalink
Thursday, January 13, 2005
HATI ?APA ITU HATI?AKU TAK PERNAH NAMPAK HATI MAKNUSIA.TAPI HATI BINATANG AKU PERNAH NAMPAK DAN PERNAH MAKAN.RASANYA SEDAP DAN BENTUKNYA LONGJONG.KATA ORANG SAMA MACAM BENTUK HATI MANUSIA.APA -APAPUN ITU TAK PENTING.YANG AKU MENCARI IALAH DIMANAKAH MANUSIA YG BERSATU HATI UTK BERJUANG KE JALAN ALLAH .PILIHLAH SALAH SATU PERKARA YG BERJUANG KEJALAN ALLAH.BAGIKU, AKU MEMILIH BERSATU HATI UTK BERJUANG HIDUKKAN KEMBALI KALIMAH TAUHID(AL QURAN YG SUCI LAGI BENAR)ITULAH TUJUAN HIDUPKU SELAIN MENERUSKAN HIDUP INI DGN BERKERJA,MAKAN,MINUM,TIDUR DAN BERSANTAI.APALAH ERTI HIDUP INI JIKA AKU TIDAK BUAT SESUATU UTK TUHANKU.DIA MEMANG MAHA KAYA TAK BERKEHENDAK TAPI AKU MEMILIH UTK BERHATIKAN, BERJIWA DAN BERJUANG MENGHIDUPKAN SEMULA MARTABAT AL QURAN DAN QARI-QARI ARAB YG MEMBACA AL QURAN BERLAGU SEMATA-SEMATA KRN ALLAH.YA ALLAH ,AKU HAMBAMU MOHON PD MU,KUATKANLAH IMANKU UTK TERUS BERURUSAN DGN AL QURAN.JANGANLAH ENGKAU LALAIKAN AKU DENGAN TERUS HANYUT DGN ARUS DUNIA YG SEMAKIN MODEN.TABAHKAN HATIKU UTK MENCARI TEMAN YG SAMA-SAMA SATU HATI DGNKU UTK HIDUP KRN MEMBANGUNKAN SEMULA SUASANA AL QURAN YG DAH LAMA HILANG.AMIN YARABALALAMIN......
Posted at Thursday, January 13, 2005 by basita
Permalink
Monday, January 03, 2005
Tahun 2004 sudah berlalu,dan ia pergi meninggalkan banyak kenangan pd diriku.Ya Allah, engkaulah tuhan yg Maha berkuasa atas segala apa yg berlaku keatas hambamu.Aku yg masih hidup dimuka bumi ini amat bershyukur kerana masih dapat bernafas dan meneruskan kehidupan yg engkau pinjamkan utk sementara ini, utk aku terus berjuang membesarkan kalimah tauhidmu yakni Al QURAN MENJADI BUDAYA HIDUP UMAT MANUSIA"Semoga bacaan al quran dapat kedengaran di seluruh bumi ini dan bertambahlah keimanan mereka terhadapmu.
Bencana alam yg baru berlaku pd tahun lalu,akan menjadi pelajaran pdku agar sentiasa ingat bahawa hidup ini satu perjuangan.Kita berjuang pd apa yg kita usahakan yg diredhai Allah yg esa.Aku yakin dgn janji Allah bahawa org yg hidunya ada perkara yg ia berjuangkan akan hidup senang diakhirat nanti.Semoga mereka yg telah tiada dibumi ini,engkau tempatkanlah mereka disisimu dan yg masih hidup lagi engkau rahmatilah mereka dan tambahkanlah keimanan mereka terhadapmu sesungguhnya mereka sudah lalai dan sibuk dgn urusan dunia dan lebih mengagongkan urusan nafsu mereka dari mengagongkanmu.AMPUNILAH MEREKA DAN AKU, SEMOGA KAMI TIDAK LALAI DARI SENTIASA BERIMAN TERHADAPMU.AMIN......................
Posted at Monday, January 03, 2005 by basita
Permalink
Tuesday, December 14, 2004
majlis doa selamat di pontian johor.
Salam mesra pd members blog,maaf dah lama sangat tak menulis.Almaklumlah sibuk sangat sampai tak sempat menulis.Alhamdullilah teramat bersyukur kpd allah,kepadanyalah basita berdoa dan meminta agar dipanjangkan umur,sihat ,bertambah keiman basita terhadapnya dan ceria serlalu.Dengan izinnya basita dapatlah menuruskan bercerita dan berkongsi pengalaman ranjau kehidupan pd teman-teman blog.
Sabtu yg lalu ,basita dan ahli keluarga basita telah pergi ke Pontian rumah saudara kami kemajlis doa selamat menunaikan haji utk kakak saudara.kami bertolak pada pukul 1 petang dan sampai pada pukul 3 petang.Selain pergi kenduri tujuan utama kami adalah utk cuba menyambongkan silatulrahim antara menantu dan makmetua agar berbaik-baik kembali.Mereka berdua akan menunaikan haji pd tahun ini.Perselisihan ini terjadi berpunca pada kurang dapat kasih sayang dan tidak mengenali hati budi masing-masing.Kalau kita kenal dan percaya antara satu sama lain ,mungkin perselisihan taklah berterusan dan berpanjangan.Perkara yang kecil kalau dipanjangkan akan melarat boleh jadi hati bertambah busuk dan buruk perangai.Yang utama sekali kita menjadi manusia utamakanlah dan hormatilah hati orang tua kita tak kiralah mak kitake atau mak metua kita yang pasti hati orang tua ni sensentive.Berbicaralah dengan bijak.Kami dapat jumpakan mereka tapi hati orang tuatu masih pilu bila cucu -cucunya tak menghiraukan dia.Padahal orang tuatulah yang menjaga mereka masih kecil.Mereka bersikap begitu kerana salah didikan.Jika kita orang tua (IBU &BAPA)didik mereka dengan perkara yang baik-baik mungkin ini tak akan terjadi.Kami merasa hampa kerana usaha kami tak berhasil tapi kami rasa puas dapat membuat majlis kenduri dgn sederhana kerana pada haritu Pak imam masjid dan orang kampong tak hadir (akaknya kena pulau)Jadi kami anak beranak,adik beradik dari Singapuralah yang MENGENDALIKAN MAJLIS YANG MULIA ITU.
Posted at Tuesday, December 14, 2004 by basita
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|