Assalammualaikum buat member blog, lama jugak tak updateni. Macam biasalah sibuk hal kehidupan. Sebagai seorang ibu memang tak dapat dielakkan daripada sibuk memguruskan hal ahwal anak-anak dan suami. Kadang2tu nak uruskan hal diri sendiri pun sampai terlupa.
Bila di fikirkan barulah basita sedar, kenapa ibu-ibu kita teramat risau dan mengambil berat tentang hal- anak2 suami mereka dan makan, pakai mereka.Padahal anak2 dan suami taklah memaksa ibu2 untuk membuat perkara2ini. Kadang2 basita macam rasakan ibu2ni macam wonderwomen. Semuanya hendak dibuat. Ingin menjadi ibu mithali, isteri soleha dan seorang wanita yg seberboleh.Kadang2tu bak budak2 zaman sekarang cakap" Tak boleh angkat beb!"
Perkara2 yang basita sebutkan diatas memang telah berlaku keatas ibu basita sendiri.Baru2ni ibu yang tersayang dimasukkan kehospital kerana masalah jantungnya lemah. Denyutan jantungnya hanya 30. Ada satu masatu kata doktor ia terhenti sekejap dalam 2 minit dan ia membuat para doktor dan nurse cemas dan ibu tersayang terpaksa dalam jagaan rapi oleh doktor.
Ibu basita seorang yang amat active dan rajin. Mungkin kerana kehidupannya yang susah dari muda sampai dah digelar nenek, membuat dia seorang yang tak tahu duduk diam. Pada dia kalau hidup hanya untuk rehat2 makan tidur dan nonton tv aje, itu tak bererti baginya. Padanya selagi tulang empat keratnya masa boleh berfungsi selagi itu dia akan berusaha. Padahal kehidupannya sekarang taklah susah lagi. Ini mungkin factor pengalaman dulu dia hinggakan sudah menjadi auto untuk dia sentiasa berkerja keras rajin dan active. Kata2 yang selalu keluar dari mulutnya selalu kata2 motivation agar kita jangan selalu lekas putus asa. Pantang sekali dia nampak orang yang suka lepak2 atau senang cakap permalas. Siaplah dia akan usahakan agar orang yang permalasni akan di kasi kerja untuk membuat sesuatu yang berguna baik untuk diri sendiri, ahli keluarga atau mashyarakat.Hai! kadang2 basita adik beradik ada menasihatkan ibutersayang agar retire dari jawatanni dan tumpukan lebih hal diri sendiri atau buat activities untuk kepetingan diri sendiri kerana dahulu dia sibuk menguruskan hal anak2 dan suami kini anak2 dah ada keluarga sendiri dan suami dah lama tiada, jadi inilah masanya ibuku boleh membuat apa activities yang sihat yang ingin dia buat untuk melalui sisa2 hidup ini.
Alhamdulilah ibu yang tersayang sudah keluar dari hospital tapi dia kena memasang bateri di dadanya untuk membantu jantungnya berdenyut seperti normal dalam 60. Bila basita memikirkan teringat basita ayat Al Quran Dari Surah AL Maaidah ayat 35 "H ai orang2 yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadanya, dan berjihadlah pada jalan-nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." Maha Benar Firman Allah.
Posted at Wednesday, May 24, 2006 by basita