Image Hosted by ImageShack.us AL QURAN TEMAN SEPANJANG HAYAT. BERTARANUM AL QURAN ADALAH IBADAH. JADIKANLAH AL QURAN SEBAGAI AMALAN BUDAYA KITA. NAIKKANLAH MARTABAT AL QURAN. CINTAILAH AL QURAN SESUNGGUHNYA AL QURAN DI AKHIRAT KELAK AKAN MEMBELA(MENOLONG)KITA, JIKA KITA MEMBACANYA.





Image hosted by Photobucket.com

Umur:Pertengahan 30

Perkerjaan:Pembantu Cheeff.

Status:Sudah Kahwin

Keluarga:3 anak

Perkara yang aku suka:Membaca al quran,memasak,shopping,melungsur internet,mengomel dgn anak-anak,megemas rumah,suka bersikap ikhlas dan berkawan .

Perkara yang aku tak suka:Tak suka memaksa orang buat sesuatu tanpa keikhlas hati,benci hipocreate,pemalas,bodoh sombong dan orang yang tak ada tujuan hidup.


Aku suka al quran.

Aku suka baca al quran.

Aku suka bacaan qari Mesir.

Aku suka mendengar bacaan qari Asia.

Aku suka bertaranum al quran.

Aku suka belajar tajwid al quran.

Aku suka mendengar manusia membaca ql quran.

Aku suka berkawan dengan orang yang membaca al quran.

Aku suka mereka yang memuliakan majlis al quran.

Aku suka masuk musabaqah al quran.

Akhir kata dariku.

Aku suka apa-apa yang ada kena-mengena dengan dan berhubungan dgn "AL QURAN KALAM ALLAH".

   

<< August 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05 06
07 08 09 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31

"Makna Ujian Allah""Dan sungguh akan kami berikan cabaran kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan,"Sesungguhnya kami milik allah dan kepadanya kami kembali"Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat dari tuhan mereka,dan mereka itulah yang mendapat pentunjuk."(Surah Al Bagarah:155-157)

Ayat -ayat ini diucapkan,setelah Allah menyebutkan masalah kesyahidan di jalan Allah,kehidupan kekal bagi para syuhada,masalah kesabaran dan syukur atas segala bentuk ujian Allah.Pada ayat ini mengandunggi penggertian,bahawa Allah mengemukakan ujian-nya yg umum dgn berbagai macam bentuknya pd hambanya menurut hukum alam yg tidak di ubah.Kemenangan dlm ujian-ujian ini tidak diperolehi kecuali dgn keteguhan dan ketegaran.Kemudia ayat ini mengatakan,Dan berikanlah berita gembira kpd orang-orang yg sabar.Orang yg sabar tidak lain adalah mereka yg mampu keluar sebagai pemenag dalam ujian-ujian ini.Dan apabila ditimpa masalah mereka berkata "Sesungguhnya kami milik Allah,dan kepadanya kami kembali"----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AKU BAIK

AKU SENANG

AKU GEMBIRA

AKU CERIA

AKU BAGUS

AKU CANTIK

AKU BERTUAH

AKU SEGALA

GALANYA

YANG BAIK

BAIK










AL QURAN LINKS




ASWATAISLAM

ISLAMWAY

SUKARELAWAN JEMAAH
IQRA'

QARI MELAYU

IKHLASBAIK

QARI SINGAPURA

SJI8

SINGAPOREQARI









MEMBERS BLOG LINKS


KATAKAMI

CHEEFF

MASMERAH

PAK UDA

CIK SARIAH

ADIKCOMEL

ASALAKU

BOBOOI

NONLEO

RASZAIN

Alzn

ZU408

JIWAAPA

BICARA2KU

MENJEL

REPEN

WARDAH/a>

SURIRAM

SOFIA

LANUNPANDAI

ACIDMAISYA

KUNCUP



Anda adalah pengunjung Basita yang ke:-

Billy Blanks
Free Web Counter


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Wednesday, August 17, 2005
Salam menyambut bulan Rejab.



Salam buat member semua. Dah masuk bulan Rejabni!! Ada apa-apa cerita tak ? Ok Lah, basita tak ada cerita yang menarik cuma nak kongsi dengan teman2 tentang keistimewaan bulan Rejab.

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda: Shaa'ban adalah bulanku, Rejab adalah bulan Allah dan Ramadhan bulan umatku dan Shaa'ban adalah bulan ditukar kejahatan dengan kebaikan dan Ramadhan adalah pembersih segala dosa.

Dari Anas bin Malik: Nabi s.a.w. bersabda kelebihan Rejab di atas bulan2 lain adalah umpama kelebihan AL Quran keatas lain2 perkataan.

27 Rejab adalah Hari Isra' Dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W.

Basita amat bershukor kehadrat illahi kerana nikmat hidup yang diberi dan masih lagi bernafas utk terus sujud dan rukuk semata-mata hanya dia yang aku sembah. Amat berbesar hati dapat membaca kalam2 Al quran hingga sepanjang hayatku dan dengan seikhlas hatiku, aku serahkan jiwa dan ragaku seikhlas2nya utk beribadah hanya utk mu ya Allah.


Jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bertakwa kepadamu. Inginku sujud dan rukuk bila berjumpamu ya Allah. Inginku mempersembahkan bacaan Al Quran di hadapanmu dan inginku memujimu bila ku mengadapmu. Ya Allah, dengarlah kata janjiku kepadamu ya Allah. Inilah harapanku, hajatku, niatku, cita2ku, usahaku didunia, amalanku di dunia, ibadahku di dunia hanyalah ingin menatap wajah yang menciptaku, mencipta semua mahluk baik di dunia atau di akhirat hanya ingin mempersembahkan amalanku utkmu dengan redanya. Amin, Amin Ya Allah.

Dengarlah Shair ini: "BERBEKALLAH KETAKWAAN,

KAU TAK TAHU SAAT MALAM BERLALU,

ADAKAH IA MENYISAKAN UMUR BAGIMU,

HINGGA FAJAR DATANG MENJELANG,

BERAPA BANYAK ORANG SIHAT,

MENINGGALKAN TANPA ADA PENYAKIT,

BERAPA BANYAK ORANG YANG SAKIT,

HIDUP LAMA SEPANJANG HAYAT,

BERAPA BANYAK ANAK-ANAK BELIA,

MEMOTONG PERJALANAN UMURNYA,

JASAD MEREKA TERBUJUR LELAP,

DI KUBURNYA YANG HITAM DAN GELAP,

BERAPA BANYAK MEMPELAI WANITA,

BERHIAS UNTUK SUAMI TERCINTA,

AJAL TAK LAGI DAPAT DITUNDA,

PADA SAAT MALAM PERTAMA,

BERAPA BANYAK MUDA DAN MUDI,

PAGI BERASMARA PETANG BERSENANG HATI,

TIADA PENGETAHUAN YANG TERPAUT,

KAIN KAFANNYA SEDANG DIRAJUT(JAHIT).

Seseorang ingin mendapatkan apa yang diharapkannya. Pada hal Allah tidak mahu kecuali apa yang dikehendaki-nya. Kadang2 seseorang berkata tentang manfaat dan harta bendanya. Tetapi takwa kepada Allah lebih utama daripada apa yang seharusnya dia ambil manfaatnya.

Firman Allah surah Al ANfal: ayat 29. "HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JIKA KAMU BERTAKWA KEPADA ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU FURQAN DAN MENGHAPUSKAN SEGALA KESALAHANMU DAN MENGAMPUNI (dosa-dosa)MU. DAN, ALLAH MEMPUNYAI KURNIA YANG BESAR."


Posted at Wednesday, August 17, 2005 by basita

RK
September 27, 2005   10:20 PM PDT
 
salam kepada semua
Tulisan dan blog yang baik lagi imformatik
Teruskan menulis
terima kasih.
Repen
September 12, 2005   10:38 PM PDT
 
Syairnya sungguh mengasyikkan. Syabas, teruskan dengan entry syairnya.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry