Image Hosted by ImageShack.us AL QURAN TEMAN SEPANJANG HAYAT. BERTARANUM AL QURAN ADALAH IBADAH. JADIKANLAH AL QURAN SEBAGAI AMALAN BUDAYA KITA. NAIKKANLAH MARTABAT AL QURAN. CINTAILAH AL QURAN SESUNGGUHNYA AL QURAN DI AKHIRAT KELAK AKAN MEMBELA(MENOLONG)KITA, JIKA KITA MEMBACANYA.





Image hosted by Photobucket.com

Umur:Pertengahan 30

Perkerjaan:Pembantu Cheeff.

Status:Sudah Kahwin

Keluarga:3 anak

Perkara yang aku suka:Membaca al quran,memasak,shopping,melungsur internet,mengomel dgn anak-anak,megemas rumah,suka bersikap ikhlas dan berkawan .

Perkara yang aku tak suka:Tak suka memaksa orang buat sesuatu tanpa keikhlas hati,benci hipocreate,pemalas,bodoh sombong dan orang yang tak ada tujuan hidup.


Aku suka al quran.

Aku suka baca al quran.

Aku suka bacaan qari Mesir.

Aku suka mendengar bacaan qari Asia.

Aku suka bertaranum al quran.

Aku suka belajar tajwid al quran.

Aku suka mendengar manusia membaca ql quran.

Aku suka berkawan dengan orang yang membaca al quran.

Aku suka mereka yang memuliakan majlis al quran.

Aku suka masuk musabaqah al quran.

Akhir kata dariku.

Aku suka apa-apa yang ada kena-mengena dengan dan berhubungan dgn "AL QURAN KALAM ALLAH".

   

<< May 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

"Makna Ujian Allah""Dan sungguh akan kami berikan cabaran kepadamu,dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.
Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka mengucapkan,"Sesungguhnya kami milik allah dan kepadanya kami kembali"Mereka itulah yg mendapat keberkatan yg sempurna dan rahmat dari tuhan mereka,dan mereka itulah yang mendapat pentunjuk."(Surah Al Bagarah:155-157)

Ayat -ayat ini diucapkan,setelah Allah menyebutkan masalah kesyahidan di jalan Allah,kehidupan kekal bagi para syuhada,masalah kesabaran dan syukur atas segala bentuk ujian Allah.Pada ayat ini mengandunggi penggertian,bahawa Allah mengemukakan ujian-nya yg umum dgn berbagai macam bentuknya pd hambanya menurut hukum alam yg tidak di ubah.Kemenangan dlm ujian-ujian ini tidak diperolehi kecuali dgn keteguhan dan ketegaran.Kemudia ayat ini mengatakan,Dan berikanlah berita gembira kpd orang-orang yg sabar.Orang yg sabar tidak lain adalah mereka yg mampu keluar sebagai pemenag dalam ujian-ujian ini.Dan apabila ditimpa masalah mereka berkata "Sesungguhnya kami milik Allah,dan kepadanya kami kembali"----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AKU BAIK

AKU SENANG

AKU GEMBIRA

AKU CERIA

AKU BAGUS

AKU CANTIK

AKU BERTUAH

AKU SEGALA

GALANYA

YANG BAIK

BAIK










AL QURAN LINKS




ASWATAISLAM

ISLAMWAY

SUKARELAWAN JEMAAH
IQRA'

QARI MELAYU

IKHLASBAIK

QARI SINGAPURA

SJI8

SINGAPOREQARI









MEMBERS BLOG LINKS


KATAKAMI

CHEEFF

MASMERAH

PAK UDA

CIK SARIAH

ADIKCOMEL

ASALAKU

BOBOOI

NONLEO

RASZAIN

Alzn

ZU408

JIWAAPA

BICARA2KU

MENJEL

REPEN

WARDAH/a>

SURIRAM

SOFIA

LANUNPANDAI

ACIDMAISYA

KUNCUP



Anda adalah pengunjung Basita yang ke:-

Billy Blanks
Free Web Counter


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Wednesday, May 24, 2006
HARI IBU.

Assalammualaikum buat member blog, lama jugak tak updateni. Macam biasalah sibuk hal kehidupan. Sebagai seorang ibu memang tak dapat dielakkan daripada sibuk memguruskan hal ahwal anak-anak dan suami. Kadang2tu nak uruskan hal diri sendiri pun sampai terlupa.

Bila di fikirkan barulah basita sedar, kenapa ibu-ibu kita teramat risau dan mengambil berat tentang hal- anak2 suami mereka dan makan, pakai mereka.Padahal anak2 dan suami taklah memaksa ibu2 untuk membuat perkara2ini. Kadang2 basita macam rasakan ibu2ni macam wonderwomen. Semuanya hendak dibuat. Ingin menjadi ibu mithali, isteri soleha dan seorang wanita yg seberboleh.Kadang2tu bak budak2 zaman sekarang cakap" Tak boleh angkat beb!"

Perkara2 yang basita sebutkan diatas memang telah berlaku keatas ibu basita sendiri.Baru2ni ibu yang tersayang dimasukkan kehospital kerana masalah jantungnya lemah. Denyutan jantungnya hanya 30. Ada satu masatu kata doktor ia terhenti sekejap dalam 2 minit dan ia membuat para doktor dan nurse cemas dan ibu tersayang terpaksa dalam jagaan rapi oleh doktor.

Ibu basita seorang yang amat active dan rajin. Mungkin kerana kehidupannya yang susah dari muda sampai dah digelar nenek, membuat dia seorang yang tak tahu duduk diam. Pada dia kalau hidup hanya untuk rehat2 makan tidur dan nonton tv aje, itu tak bererti baginya. Padanya selagi tulang empat keratnya masa boleh berfungsi selagi itu dia akan berusaha. Padahal kehidupannya sekarang taklah susah lagi. Ini mungkin factor pengalaman dulu dia hinggakan sudah menjadi auto untuk dia sentiasa berkerja keras rajin dan active. Kata2 yang selalu keluar dari mulutnya selalu kata2 motivation agar kita jangan selalu lekas putus asa. Pantang sekali dia nampak orang yang suka lepak2 atau senang cakap permalas. Siaplah dia akan usahakan agar orang yang permalasni akan di kasi kerja untuk membuat sesuatu yang berguna baik untuk diri sendiri, ahli keluarga atau mashyarakat.Hai! kadang2 basita adik beradik ada menasihatkan ibutersayang agar retire dari jawatanni dan tumpukan lebih hal diri sendiri atau buat activities untuk kepetingan diri sendiri kerana dahulu dia sibuk menguruskan hal anak2 dan suami kini anak2 dah ada keluarga sendiri dan suami dah lama tiada, jadi inilah masanya ibuku boleh membuat apa activities yang sihat yang ingin dia buat untuk melalui sisa2 hidup ini.

Alhamdulilah ibu yang tersayang sudah keluar dari hospital tapi dia kena memasang bateri di dadanya untuk membantu jantungnya berdenyut seperti normal dalam 60. Bila basita memikirkan teringat basita ayat Al Quran Dari Surah AL Maaidah ayat 35 "H ai orang2 yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadanya, dan berjihadlah pada jalan-nya, supaya kamu mendapat keberuntungan." Maha Benar Firman Allah.


Posted at Wednesday, May 24, 2006 by basita
Make a comment  

Tuesday, February 28, 2006
Puisi Teman Setiaku

Sekian lama aku mencari seorang teman.

Teman yang akan mendengar keluh -kesahku, tawa-gembiraku, cita2 dan harapanku.

Teman yang sanggup mengorbankan masa dan kehidupan mereka untuk berbincang masalah hati dan perasaan mereka sesama teman.

Teman2 yang sama cita2.

Teman yang sama formula kehidupan mereka.

Teman yang akan membela aku atau membimbing aku.

Oh wahai Teman- teman yang ada di sana.

Di manakah kamu? Masih adakah Teman seperti ini?

Yang sanggup bertilawah Al Quran untuk membela kalam Allah?

Yang hidupnya hanya untuk menyembah Allah?

Teman yang hidupnya berbuat baik kpd manusia hanya untuk mendapat ganjarannya di akhirat kelak.

Teman yang memang bercita2 ingin bertemu penciptanya untuk ditunjukkan kepadanya tentang apa yang telah diusahakan(dikerjakan) di dunia untuk yang Maha Kuasa.

Adakah akan aku ketemu teman sedemikain?

Teman -teman yang bersumpah janji akan membela tuhanya, kitabnya, agamanya, saudara-maranya dan itulah formula hidupnya.

Dimanakah dikau teman setiaku??????

petikan( firman Allah surah AL Baqarah ayat 40 hingga 41)"Hai Bani Israil, ingatlah akan nikmatku yang telah Aku anugerahkan kepadamu, dan penuhilah janjimu kepadaku, niscaya Aku penuhi janjiku kepadamu, dan hanya kepadaku-lah kamu harus takut( tunduk). Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah aku turunkan (Al QURAN) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayatku dengan harga yang rendah, dan hanyalah kepada Akulah kamu harus bertakwa.


Posted at Tuesday, February 28, 2006 by basita
Make a comment  

Wednesday, February 01, 2006
Doa Awal Tahun Dariku.

Ya Allah, wahai Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu. Aku mengaku bahwa Engkaulah Tuhan , hanya Engkau sendiri, tak ada sekutu bagi Engkau.

Ya Allah, Tuhan Kami, dan Tuhan segala hamba adalah bersaudara.

Ya Allah, Tuhan kami dan Tuhan segala sesuatu jadikanlah daku hamba yang ikhlas(membuat ibadah) kepada Engkau dan demikian pula ahli kelauargaku di setiap waktu, baik di dunia maupun diakhirat. Ya Allah, yang mempunyai kebesaran dan kemulian, dengarlah seruan hambamu yang jujur ini. Allah itu Maha Besar, Allah itu cahaya langit dan bumi, Allah Maha kaya. Allah cukup bagiku, dialah sebaik-baik pemelihara. Allah Maha Besar.

DARI FIRMAN ALLAH SURAH (Asy-Syu'ara, 26 ayat- 87-89)'

Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan.(Yaitu) di hari harta dan anak tidak berguna, kecuali orang-orang yang menhadap Allah dengan hati yang bersih.

Berdoa adalah ibadah yang khas, yang menghubungkan hati dan pikiran manusia dengan tuhannya, yang mungkin dilakukan di awal hari atau sesudah sesuatu keinginan ataupun usaha dilaksanakan. Bahkan Nabi Muhammad (s.a.w.) sendiri mengatakan: "Doa itu otaknya ibadah". Didalam Al quran Dan Sunnah Rasul, terdapat banyak petunjuk dan contoh2 doa yang dapat kita amalkan.

Sebelum basita terlambat , basita ingin mengucapkan Salam Sejahtera dan Salam menyambut Ma'al hijrah buat semua member blog dan umat islam seluruh dunia semoga hamba2mu, (Ya Allah) dimuka bumi ini akan lebih cenderong(akan lebih sibuk)menghambakan diri mereka untukmu dengan ikhlas.Amin..Amin Ya Allah.


Posted at Wednesday, February 01, 2006 by basita
Make a comment  

Friday, December 16, 2005
Salam buat tahun 2006

Alhamdulillah segala puji dan syukur bagi Allah S.W.T dan Salam atas Nabi Muhammad S.A.W. Sekeluarga, sahabat dan tabiin.

Hai, basita rasa masa berjalan begitu pantas sekali. Tak sangka dah nak masuk tahun 2006. Tahun 2005 sudah berlalu dan ia akan selalu menjadi kenangan buat diri basita. Pengelaman hidup pada zaman 2005 yang akan berakhir tak lama lagi akan menjadi iktibar dan pelajaran buat diri basita. Setiap tahun yang telah berlalu selalu sahaja meningallkan kenangan buat diri basita.Tak kiralah peristiwa sedih, lucu, pahit, manis atau pun menyeramkan. Peristiwa2 seperti ini memang akan dialami oleh setiap manusia. Jika mereka peka dengan apa yg berlaku, mereka akan mempelajarinya dan akan mengubah cara hidup mereka dan sikap(cara berfikir) mereka ke arah yang lebih positive dan sentiasa mempunyai idealogi yang lebih membangun kearah Islam yang cemerlang seperti keadaan zaman Nabi Muhammad (s.a.w.)

Kalaulah kita sesama manusia sudi menegur atau sudi diterima tegur ,insyhaallah dengan sendirinya kita akan menjadi umat yang nasihat menasihati antara satu sama lain. Akhir kata dari basita semoga kita semua mendapat keredhaan Allah dan balan kebaikan dan akhirat . Amin ya Allah.


Posted at Friday, December 16, 2005 by basita
Make a comment  

Tuesday, November 01, 2005
Amalan Puasaku Pada Tahun Ini.

Assalamualaikum buat teman2 blogger. Bulan Ramadhan tak lama lagi akan pergi meninggalkan kita. Bulan Syhawal pula akan tiba menanti kita. Bagi Basita, ibadah puasa pada tahunni amatlah puas buat diri basita. Puas yang basita masukkan disini ialah, selain basita dapat menjalankan ibadah puasa, basita dapat juga memasakkan untuk orang yang hendak berbuka puasa.

Selama ini, pengetahuan amalan puasa yang basita ketahui hanya utk Allah sahaja. Padahal untuk sesama manusia amalan baik di bulan puasani ada banyak perkara yang boleh kita amalkan.

Akhir kata dari basita, Selamat Menyambut Hari Raya Idil Fitri dan Mohon Maaf Dariku Buat Semua Teman blogger.

Hayatilah firman Allah ini, "Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (Agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu(Masa Jahiliah) Bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang nereka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatnya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk". Surah AL IMRAN. Ayat 103.


Posted at Tuesday, November 01, 2005 by basita
Make a comment  

Tuesday, October 04, 2005
Selamat tinggal bulan Sha'ban dan Salam buat Ramadhan.

Alhamdulillah shukor kehadrat Illahi tuhan yang aku sembah dan Islam agamaku yang ku bangga dan sanjungi. Bulan Sha'ban telah berlalu dan bulan Ramadhan akan tiba esok harinya. Basita disini ingin mengucapkan 'Selamat beribadah puasa' kepada member2 blog yang rajin menulis diblog mereka untuk tujuan memupuk hati, jiwa dan sikap mereka ke arah jiwa yang murni dan bersikap berdakwah, berkongsi pendapat tentang apa sahaja topik yang dapat menjadikan kita sebagai insan yang berani kerana benar, baik, waras, rajin dan bermasharakat tolong menolong.

Akhir kata dariku hayatilah firman Allah ini. "Barang siapa yang menghendaki keuntungan diakhirat akan kami tambah keuntungan itu baginya dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan di dunia dan tidak ada baginya suatu bahagian pun diakhirat" SURAH ASY SYUURA. (AYAT 20)


Posted at Tuesday, October 04, 2005 by basita
Make a comment  

Wednesday, August 17, 2005
Salam menyambut bulan Rejab.



Salam buat member semua. Dah masuk bulan Rejabni!! Ada apa-apa cerita tak ? Ok Lah, basita tak ada cerita yang menarik cuma nak kongsi dengan teman2 tentang keistimewaan bulan Rejab.

Dari Abu Hurairah, Nabi bersabda: Shaa'ban adalah bulanku, Rejab adalah bulan Allah dan Ramadhan bulan umatku dan Shaa'ban adalah bulan ditukar kejahatan dengan kebaikan dan Ramadhan adalah pembersih segala dosa.

Dari Anas bin Malik: Nabi s.a.w. bersabda kelebihan Rejab di atas bulan2 lain adalah umpama kelebihan AL Quran keatas lain2 perkataan.

27 Rejab adalah Hari Isra' Dan Mi'raj Nabi Muhammad S.A.W.

Basita amat bershukor kehadrat illahi kerana nikmat hidup yang diberi dan masih lagi bernafas utk terus sujud dan rukuk semata-mata hanya dia yang aku sembah. Amat berbesar hati dapat membaca kalam2 Al quran hingga sepanjang hayatku dan dengan seikhlas hatiku, aku serahkan jiwa dan ragaku seikhlas2nya utk beribadah hanya utk mu ya Allah.


Jadikanlah aku hambamu yang sentiasa bertakwa kepadamu. Inginku sujud dan rukuk bila berjumpamu ya Allah. Inginku mempersembahkan bacaan Al Quran di hadapanmu dan inginku memujimu bila ku mengadapmu. Ya Allah, dengarlah kata janjiku kepadamu ya Allah. Inilah harapanku, hajatku, niatku, cita2ku, usahaku didunia, amalanku di dunia, ibadahku di dunia hanyalah ingin menatap wajah yang menciptaku, mencipta semua mahluk baik di dunia atau di akhirat hanya ingin mempersembahkan amalanku utkmu dengan redanya. Amin, Amin Ya Allah.

Dengarlah Shair ini: "BERBEKALLAH KETAKWAAN,

KAU TAK TAHU SAAT MALAM BERLALU,

ADAKAH IA MENYISAKAN UMUR BAGIMU,

HINGGA FAJAR DATANG MENJELANG,

BERAPA BANYAK ORANG SIHAT,

MENINGGALKAN TANPA ADA PENYAKIT,

BERAPA BANYAK ORANG YANG SAKIT,

HIDUP LAMA SEPANJANG HAYAT,

BERAPA BANYAK ANAK-ANAK BELIA,

MEMOTONG PERJALANAN UMURNYA,

JASAD MEREKA TERBUJUR LELAP,

DI KUBURNYA YANG HITAM DAN GELAP,

BERAPA BANYAK MEMPELAI WANITA,

BERHIAS UNTUK SUAMI TERCINTA,

AJAL TAK LAGI DAPAT DITUNDA,

PADA SAAT MALAM PERTAMA,

BERAPA BANYAK MUDA DAN MUDI,

PAGI BERASMARA PETANG BERSENANG HATI,

TIADA PENGETAHUAN YANG TERPAUT,

KAIN KAFANNYA SEDANG DIRAJUT(JAHIT).

Seseorang ingin mendapatkan apa yang diharapkannya. Pada hal Allah tidak mahu kecuali apa yang dikehendaki-nya. Kadang2 seseorang berkata tentang manfaat dan harta bendanya. Tetapi takwa kepada Allah lebih utama daripada apa yang seharusnya dia ambil manfaatnya.

Firman Allah surah Al ANfal: ayat 29. "HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, JIKA KAMU BERTAKWA KEPADA ALLAH, NESCAYA DIA AKAN MEMBERIKAN KEPADAMU FURQAN DAN MENGHAPUSKAN SEGALA KESALAHANMU DAN MENGAMPUNI (dosa-dosa)MU. DAN, ALLAH MEMPUNYAI KURNIA YANG BESAR."


Posted at Wednesday, August 17, 2005 by basita
Comments (2)  

Thursday, July 21, 2005
Taranum Al Quran

Salam buat member blog. Tengah buat apatu? Di daerah sana hujan tak? Di sini, pagi-pagi dah hujan. Malas betul nak pergi kerja tapi apa nak buat, tugas beb. Basita ada cerita sikit nak kongsi with those yang minat pada taranum Al Quran.

Last thursday, basita dan kawan-kawan yang sama2 minat taramun Al quran telah pergi ke rumah salah-satu Ustaz yang pernah menjadi johan qari di Singapura. Ustazni amat baik bacaan taranumnya. Bacaan taranumnya yang mengikut tabakat lagu dan suara cara bacaan ala Asia. Beliauni sudah kerap mewakili Singapura ke Malaysia. Walaupun sudah lama tak membaca diluar tetapi bacaannya masih baik lagi.

Apabila sampai dirumahnya pada pukul 10.00 malam. Kami memohon maaf kerana terlewat sampai ke rumahnya dan menganggunya pada waktu malam. Ustaz dengan sifatnya yang lemah lembut dan tenang dengan rela hati menjemput kami dan mengatakan memang dah lama beliau tunggu tapi kerana rindu dengan teman2( bekas anak murid di Perdaus), beliau senang hati sanggup menunggu kami yang beliau sudah menganggap kami sebagai temannya. Kami pun apa lagi tanpa membuang masa, ambil al quran dan bertaranum al quran di depan ustaz bergilir-gilir. Alhamdulilah Ustaz amat berpuas hati dengan bacaan kami tetapi beliau menasihati kami supaya jaga penafasan kami apabila hendak mencuri nafas di dalam bacaan Al Quran. Beliau juga memberitahu sedikit tips tentang cara pengadil2 disini memberi markah tentang mengadili taranum Al quran. Dari segi nafas, kalau mereka yang mencuri nafas amat ketara sekali kemungkinan pengadil akan suruh pembaca turun dari pentas dah jangan sambung bacaan mereka.

Bila mendengar penjelasan Ustaz, kami faham dan akan cuba memperbaiki cara penafasan kami dalam taranum Al Quran. Ustaz juga menasihati kami jika ingin membaca cara ala Sheik2 Arabni mesti ada daya penafasan yang amat baik sekali barulah bacaannya kedengaran merdu dan tidak sumbang. Kami bila mendengar penjelasan ustaz pun tergelak ketawa kerana ada member basita yang kerosakan teknikal suara dan nafasnya almaklumlah baru sahaja balik dari kerja terus tak makan pergi ke rumah ustaz. Ustaz juga ada mengatakan rehat yang cukup

juga, pun membantu seseorang dapat membaca dengan baik. Setelah melihat masa dah pukul 12. malam, kami pun minta diri. Nampak wajah Ustaz yang ceria dan mengharapkan kami akan hadir lagi kerumahnya berkumpul membaca Al Quran beramai2. Pada malam itu basita dan teman2 yang lain merasa amat puas dan gembira dapat membaca didepan ustaz kami dan kami pun dapat mendengar bacaan Ustaz kami yang dah lama tidak kedengaran.

Oklah macam biasa, basita akhiri dengan firman Allah dari surah Al ANFAAL AYAT 2" Sesungguhnya orang2 yang beriman itu adalh mereka yang apabila di sebut nama Allah gemertarlah hati mereka, dan apabila dibaca ayat-ayat nya bertambah iman mereka(kerananya) dan hanya kepada tuhan mereka bertawakal,iaitu orang2 yang mendirikan shalat dan menafkahkan sebahgian dari rezki yang kami berikan kepada mereka.Itulah orang2 yang beriman dengan sebenar2nya . Mereka akan memperolehi beberapa derajat ketinggian disisi Allah dan ampunannya serta rezki (NIKMAT) yang mulia..

Amin, Amin Ya Allah.


Posted at Thursday, July 21, 2005 by basita
Comment (1)  

Thursday, June 30, 2005
Musabaqah Tilawah Al Quran Peringkat Akhir.

Assalamualaikum member blog, terima kasihlah member2 yang sudi tanya khabar basita di tagboardtu. Basitani bukan apa, my computer buat hal lagilah. Anyway bila basita dah menggomel kat anak2tu, barulah mereka reti bahasa sikit. Computerkan sensitive. Mana boleh campur2kan pakai bendatu. Kalau nak main game mestilah khaskan satu computer untuk main game. Ini tidak satu computer, habis dia hentamkan pakai untuk keperluan semuanya. Macam manalah Virus tak masuk. Oklah, basita tak nak merepek atau nak jual kerepek cuma nak khabarkan pada member-member yang minat pada Tilawah Al Quran, Marilah datang beramai-ramai menyaksikan member basita dapat masuk final tau!

Beliauni pun salah satu qariah yang dah lama bergiat dalam bidang tilawah Al Quran.Beliau juga selalu menyokong' Sukarelawan Jemaah Iqra'. Basita kalau pasal bidang Al Quran memang 100 peratus mesti sokong. Lagi2 kalau mereka yang baca cara ala Timur-Tengah. Bacaan Sheikh2 Arabni amat baik untuk kita dengar dan pelajari taranum mereka. Anak2 basita cakap power gilaaaa betul bacaan mereka. Alangkah bagusnya kalau Majlis Tilawah Musabaqah di Singapura atau dimana2 sahaja, bacaan Qari dan Qariah membaca cara ala taranum Sheikh2 Arab yang selalu basita dengar di WEB 'S.J.I.'.Bacaan mereka amat baik sekali di dedahkan dan disebarkan di dunia. Santapan rohani yang amat baik sekali. Semoga generasi akan datang mengenali seni AL QURAN yang amat berharga nilainya dan nur cahaya Al Quran akan menyinari jiwa2 anak-anak generasi perwaris kita. Semoga mereka menghidupkan semula umat Islam yang teguh imannya dan bangga dengan seni taranum Al Quran.

Akhir kata dariku renungkanlah firman allah ini,katakanlah"Hai manusia, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu semua, yaitu Allah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, tidak ada tuhan selain dia, yang menghidupkan dan mematikan. Kerana itu berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada Allah dan kalimat-kalimatnya(kitab-kitab-nya) dan ikutilah dia, supaya kamu mendapat pentunjuk". SURAH AL A'RAF AYAT 158.


Posted at Thursday, June 30, 2005 by basita
Make a comment  

Tuesday, June 07, 2005
MUSABAQAH TILAWAH AL QURAN.

Salam buat member blog.Wah dah lama betul basita tak up dateni.Rindu kat blog.Selepas pertandingan Musabaqah tilawah Al Quran baru relax sikit.Walaupun basita tidak berjaya tapi basita bershukur kerana dapat membaca di majlistu dengan tenang dan happy sangat mendengdangkan ayat-ayat allah kepada para hadirin.Eh! bukan senang tau duduk di atas pentas sana dapat membaca di dalam keadaan tenang dan bersahaja. Tak percaya tanya pada mereka yang pernah masuk bertanding. Gerek seh! Kalau tiap-tiap tahun ada pertandingan macamni. OKlah, basita terpaksa belah nak pergi kerja.Anyway jengok2lah dan hayatilah firman allah ni."Turunnya AL Quran yang tidak ada keraguan padanya,(adalah) dari tuhan semesta alam.Tetapi mengapa mereka (orang-orang kafir)mengatakan: "Dia mengada-adakannya". sebenarnya Al Quran itulah adalah kebenaran yang datang dari tuhanmu, agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang belum kepada kaum yang belum datang kepada mereka peringatan sebelum kamu, mudah-mudahan mereka mendapat pentunjuk." Surah AS SAJDAH ayat 2-3.


Posted at Tuesday, June 07, 2005 by basita
Make a comment  

Next Page